Lost World Of Tambun Bakal "Diselamatkan" Oleh Powerpuff Girls & Ben 10!
"Lost World of Tambun (LWOT) dalam bahaya! Oh tidak!"
"Cut!"
Acah director jap. Kikiki. Cuti sekolah nak dekatkan? Mesti anak-anak dah sibuk tanya, nak pi mana, nak pi mana. Ye tak? Korang boleh cari kelainan sikit tahun ni dengan pergi ke LWOT. Sekali sekala bawa family jauh sikit kan. Sempena cuti sekolah yang bakal menjelma tak lama lagi, Lost World of Tambun (LWOT) bakal menarik peminat Powerpuff Girls & Ben 10 ke sana. Tak kisahlah peminatnya dari yang cilik atau pun dewasa, semua digalakkan pergi. Serious ke ni? Hellooo. Betul okay! Hahaha! 😆😆
Powerpuff Girls & Ben 10 akan menceriakan cuti sekolah tahun ini bermula dari 25hb November 2017 sehinggalah 1hb Januari 2018. Huish. Sebulan beb! Dalam masa sebulan tu, ada 4 kali sesi meet & greet. Hah gituuu! Jadi, korang semua tak payahlah risau atau rushing nak cepat-cepat kan pergi sana. Korang boleh planning perjalanan korang dengan selamat dan cermat. Ingat, berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang tersayang. Eh. Iklan plak YF ni. 😂
Selain daripada dua Superhero ni, ada macam-macam permainan yang disediakan untuk menghiburkan korang ketika di sana nanti.
Nak Tiket Percuma Tak?
Nak jadikan rancangan LWOT kali ni lagi hot daripada yang biasa, LWOT ada buat contest tau. Contestnya, alahai. Senang sangat. Yang kaki swafoto atau selfie tu bolehlah join contest ni. Berbaloi kalau menang. Hahaha! Cara-caranya adalah korang cuma perlu berselfie dengan poster Lost World POW Holiday yang terletak di KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth & juga Padang Besar. Lepas pilih satu selfie yang terbaik dari puluh-puluh selfies tu kan, korang boleh hantar penyertaan korang tu ke laman web http://a.pgtb.me/WsSkkd. Antara hadiah yang ditawarkan adalah hadiah mingguan iaitu 4 tiket masuk ke LOWT; 2 tiket dewasa & 2 tiket kanak-kanak. Seorang pemenang mingguan pula bakal memenangi penginapan 2 hari 1 malam di Lost World Glamping; 2 tiket dewasa & 2 tiket kanak-kanak beserta tiket keretapi ETS pulang ke Padang Besar. Hahhh! Pada yang nak tahu paddia glamping ni kan, boleh jenguk entri aku pasal glamping; Glamorous Camping: Glamping di Lost World of Tambun! kalau nak tahu apa yang best dengan glamping. Syiok weih! Aku ucapkan tahniah awal-awal kepada para pemenang ya? Ahaks! 😋
Aku nak share satu ilmu untuk dapatkan tiket murah ni. Nak tak? Nak kannnn. Hah. Korang tak payahlah susah-susah beratur kat kaunter nun di sana tu. Dahlah penat berdiri menunggu bagaikan. Harga tiket pun kira agak pricey juga. Ye lah. Banyak tempat-tempat menarik dalam LWOT tu. Sehari pergi pun tak cukup nak telaah tau. Korang boleh menikmati diskaun sebanyak 35% kalau beli tiket secara online! Fuh! Banyaknya diskaun tu. Bersuka ria, ya juga. Berjimat ya juga. Kita kenalah berbelanja dengan hemat kan. Hahahah! 😆
Nak tahu dengan lebih lanjut pasal LWOT atau aktiviti yang bakal diadakan, boleh rujuk maklumat di bawah : 👇
Facebook : lostworldoftambun
Instagram : @sunwaylostworldoftambun
Alamat : No. 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh, Perak.
Emel : lostworldoftambun@sunway.com.my
Telefon :+605-5428888
Selamat bersuka ria youalllls! Hargailah masa bersama keluarga tersayang ya.
Hug & Kiss 👄
----------------------------------------------
YF : Rindunya masa sekolah dulu 😫
Comments
@azni : ruginya kak azni!! T.T
@Noriza Abdul Rahman:insyaAllah!