Apabila kita berbicara tentang PENJARA...mesti kita fikir...jeriji besi...katil besi...tilam pun nipis agaknya...tingkap pun kena pagar...bilik air open gitu... Tapi lain pula halnya dengan penjara di Norway ni...nak tahu kenapa? Mari kita eja samasama XD ----------------------------------------- OSLO – Penjara Halden di Norway dianggap paling mewah di dunia kerana ia dilengkapi bilik air dan tingkap tanpa jeriji besi serta mempunyai lukisan bernilai AS$1.4 juta (RM4.4 juta), lapor sebuah akhbar semalam. Pembinaan penjara bernilai AS$ 22.2 juta (RM71.1 juta) itu mengambil masa 10 tahun untuk dibina dan digambarkan sebagai penjara paling berperikemanusiaan di dunia untuk 252 penghuninya. Menurut beberapa pegawai penjara itu, setiap penghuni disediakan sebuah bilik persendirian lengkap dengan peti sejuk mini, televisyen skrin rata, sebuah bilik air mewah dan tingkap tanpa jeriji besi. Arkitek penjara itu, Hans Henrik Hoilund mengakui penjara itu turut dihuni oleh banduan yang pali...