13 TANDA ANDA TELAH JATUH CINTA

CINTA dengan aku...memang tak serasi...betul...tapi aku suka membicarakan mengenainya...dengan sesiapa pun...aku tak kisah...mintalah nasihat aku...aku akan cuba bagitahu apa yang aku rasa patut atau tak patut...

Dan ini...aku nak kongsi...sekiranya kamu semua jatuh cinta...antara tandatandanya ada di bawah :)

--------------------------------------------


1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

*Catatan : Syok

--------------------------------------------

Hah...siapakah gerangan yang korang fikirkan sekarang nih???Kongsilah dengan aku ya... :)
ASSALAMUALAIKUM


--------------------------------------------

YF : Give up, Give in, Give out

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?