BERDIALOG ATAU BERMONOLOG

ASSALAMUALAIKUM semua!!!

Hohoho...jumpa lagi naaa...korang semua tahu...aku ada MUKABUKU kan...dan aku akan memulakan status aku dengan perkataan BERDIALOG...

Ada juga hamba ALLAH ni yang ingin menegur perbuatan tak bertauliah aku tu...hahahahhaa...
Tapi dia jugak memberikan idea yang bernas...tak terfikir pula aku...

Korang nak tahu apa idea bernas dia tu???dia suruh aku tukar perkataan BERDIALOG kepada BERMONOLOG...fulamaaaaakk!!!siap kata...tukar sebab TAHUN BARU...hahahahaah!!!memang terbaik dari ladang!! :D

Ni antara buktibuktinya *kang kata aku auta pula -.- 


Sengal je kan??tapi betol woo pe dia cakap tuh....beza DIALOG dan MONOLOG...lain tuh...ala....korang kan penah belajar SASTERA masa sekolah menengah dulu...aku rasa....Tingkatan 1 dah belajar kot....tak apa...kita buat revision sikit ok???

-------------------------------


Istilah DIALOG dalam KAMUS BAHASA MELAYU edisi kedua ;

1. percakapan; perbicaraan (dlm lakonan dll): ~ mereka terlalu panjang. 2. tulisan dlm bentuk percakapan: Drama ialah tulisan atau karya dlm bentuk ~. 3. pertukaran pendapat dan soal jawab mengenai sesuatu: Mereka akan mengadakan ~ kerana ada pihak yg tidak puas hati dgn keputusan itu. berdialog 1 bercakap; berbicara (dlm lakonan dll). 2 bertukar-tukar pendapat dan bersoal jawab mengenai sesuatu: Mereka terus ~ mengenai isu yg hangat itu.
*Catatan : Sumber dari DIALOG

Istilah MONOLOG dalam KAMUS BAHASA MELAYU edisi keempat ;

1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2. adegan drama atau sandi­wara dgn seorang sahaja pelakonnya yg menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang lebar oleh seorang pe­nutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya; bermonolog melakukan monolog : apatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~ semata-mata.
*Catatan : Sumber dari MONOLOG 
-------------------------------


Amacam??sudah ingat tak???jadi...aku sahut cabaran dia tu....huh...ingat aku tak berani kaa...


Ok....status MUKABUKU aku akan menjadi lebih gempak lepas nih...yeah!!!
Credit to En Hadi Hamzah -.-


Jumpa next entry ok!!!
ASSALAMUALAIKUM...


-------------------------------
p/s : Jika kau ubah fikiran :)

Comments

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?