KENA GELAK SEBAB SERING ISTIGHFAR

Ini adalah benar...sebab aku yang merasakannya...bukan sebab aku nak bajet alim...bukan juga sebab aku nak tunjuktunjuk kat orang...moga hati ikhlas mengucapkannya dan ALLAH menerima apa yang diucapkan...

Mungkin otak aku dah kena set kot...jadi kalau terjadi apa-apa...pasti akan terkeluar perkataan "YA ALLAH", "ALLAH" dan "ASTAGHFIRULLAHALADZIM"...tapi kalau bergurau atau marah...keluar perkataan lainlah kan...ish..bila tah nak ubah...ASTAGHFIRULLAHALADZIM...hah..tengok...aku dah cakapkan....tak leh nak elak daaa... :)

Tapi oleh kerana orang selalu dengar aku ISTIGHFAR secara kerap...mungkin sebab aku mudah terkejut kot...itu dijadikan sebagai isu...itu dijadikan sebagai bahan untuk ketawa...aku sangat tak faham kenapa itupun nak gelak..lawakkah ISTIGHFAR itu?

Tadi my ibu ada bagi aku satu buku ilmiah nih..aku ni mengelat jugalah kalau suruh baca buku...tapi aku tertarik dengan satu hadith ni...

"Tidaklah tergolong orang berdosa, orang yang selalu beristighfar meskipun dia mengulangi perbuatan dosanya sebanyak 70 kali dalam sehari...." 
Hadith Riwayat Tirmizi

Korang yang baca...atau yang mengalaminya...faham-faham sendirilah ya...:)
ASSALAMUALAIKUM

-----------------------------

YF : Kebahagiaan dalam kelukaan

Comments

nini said…
kata seorang teman, kalau orang tu sesat, makin disesatkan dia...

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?