SEKEPING KAD ITU

Ok...tajuk di atas bukan idea aku...idea Kak Paris ek...geligeli je kan...kikikikiki...XDD

Tapi...kerana sekeping kad itu juga...ia membuat aku tersenyum sendirian...sampai kena tegur...haish...Kak Paris ni...tegur tu...pandangpandanglah sikit...nasib baik empunya kad tak dengar tau...hahahaha!! XD

Seharian ni...hati aku rasa kosong je kan...rasa macam kat dalam dunia lain...fuh...lepas tu...ada seorang jejaka ni...berjalan beriringan bersama seorang perempuan menuju ke pejabat aku...kebetulan aku menjaga receptionist...fuh...yang pasti...beliau telah berjaya mencuri pandangan mataku...nak tahu kenapa??? XDD

Sebab...beliau itu merupakan seorang yang tinggi...kemas...putih...dan memakai cermin mata...tanpa warna ya...entahlah..aku akui..aku agak tertarik dengan lelaki yang seumpama itu...mungkin sekadar untuk tontonan mata saja...bukan untuk dimiliki... :)

Beliau pegawai Maybank...ada membuat sedikit promotion untuk ASB Loan...ada sedikit rasa gementar ketika dia cuba menyampaikan taklimat...baju kemeja ungu yang disarungkan sesuai dengan beliau...aku memandang beliau dengan penuh rasa minat...sesekali melarikan sedikit pandangan mata ini agar beliau tidak perasan dirinya ditenung...

Hingga dipenghujung taklimat...beliau mengeluarkan sesuatu dari poketnya...ya...kad perniagaan beliau...tapi aku agak terkejut...di saat beliau mengeluarkan kad perniagaan beliau...mata beliau bertembung dengan mata aku...aduh...kantoi!terus aku larikan pandangan... -____-

Aku sebenarnya berharap...beliau tidak memberikan aku kadnya...tapi sangkaan aku meleset...beliau tetap memberikannya...tanpa aku sedari...aku tersenyum melihat kad perniagaannya...tapi yang malunya...keadaan aku itu telah ditegur dengan selambanya oleh Kak Paris...Kak Paris...how dare you??? =___="

Tapi sayang...rasanya beliau telah pun berkahwin...berdasarkan penilaian Kak Paris dan juga sebentuk cincin emas putih yang tersarung kemas dijari manisnya...haish...orang yang ada rupa ni...memang susah ya kalau nak jumpa yang belum berpunya? XD

Tapi itulah alkisahnya...kerana sekeping kad...aku tersenyum... :)
ASSALAMUALAIKUM


-------------------------------------------------

YF : Ingin aku bertemu dengan mu
Pemilik tulang rusukku

Comments

biela bell said…
hahahha..melepas sudah ;)
Yulia Fajrin said…
@Cik Bell : tulah pasal!!haish...rugi jeee -___-
Anonymous said…
ecece wrong person la dearrr!
Yulia Fajrin said…
@amirah : tu ar....-___-
Anonymous said…
hahaha.. ape jadik kat kad tuu?
Yulia Fajrin said…
@amirah : yul bawa balik la...dlm beg lagi XDD

Popular posts from this blog

Bibir Lembut Dengan Liquid Lipstick SoBella!

Ter’jatuh’ Hati Dengan Minyak Wangi Syahirah

Betul Ke Tudung Bawal Fareha Anti Kedut?