Posts

ROCKETEER

Image
Lagu ni...aku dengar melalui salah seorang blogger ... AIMAN ARIFFIN ...orangnya not bad ...pandai lagi tu...rajin juga komenkomen kat entri aku yang tak seberapa ni...eh...asal aku puji dia pula nih... back to the main point ya YF...-__- Bila aku buka page dia...eh..ada suara perempuan mengilai...hahahaha...bukan...menyanyi la...aduh...mana pula datangnya lagu ni...mulamula rasa bingit sikit tau...tapi bila dah selalu dengar tu...rasa...erm...macam sedap je lagu nih...bila aku tengok nama penyanyi perempuan tu...CLARA C... search kat YOUTUBE...owh...dia ni cover lagu ROCKETEER je... original singer dia FAR EAST MOVEMENT ft RYAN TEDDER vokalis untuk kumpulan ONE REPUBLIC...fuh...dengar yang original punya lagi sedap...tapi yang CLARA C tu pun..boleh tahan juga sedapnya...walaupun dia sekadar YOUTUBER...boleh usaha lagi untuk jadi penyanyi yang profesional...cewah...aku dah tukar profesion jadi pengkritik!siapa nak bayar gaji aku nih?? XD Jomlah...dengar...penat aku nak menaip n...

MENANTI UNTUK CAHAYA ITU

Image
Kehidupan itu terlalu indah untuk disiasiakan... Terlalu bermakna untuk tidak dimengertikan... Satu hilang...sepuluh lagi akan datang untuk menggantikannya... Ya...yang satu itulah yang kita cintai...yang kita sayangi dan kasihi... Tapi kalau yang satu itu tidak mengerti apa yang kita rasa...bagaimanakah? Adakah ia dikatakan siasia? Soal hati...memang susah untuk dipersoalkan... Hitam katanya..hitamlah ia... Putih bicaranya...putihlah ia... Aku tahu...masih ramai lagi yang menghargai diri aku di sisi mereka... Keluarga...sahabathandai...betapa aku menyayangi mereka... Kerana sentiasa berada di sisi aku...ketawa dan menangis... Aku tetap bersyukur dengan pemberian itu... Tetapi bagaimanakah dengan yang satu itu tadi? Adakah dia menghargai aku? Adakah dia menyayangiku? Adakah dia memikirkan aku seperti aku memikirkan dia? Aku tidak pasti yang itu...dan tidak akan pernah merasa pasti... Yang pasti, aku tetap akan menanti sinar cahaya itu... Agar aku dapat menikmati keindahan sinarnya...

AKU DITAMPAR BERKALI-KALI

Image
Sakitnya...ALLAH saja yang tahu.... Pedihnya...teramat... Tidak tahu ingin meletakkan muka di mana... Kenapa harus aku terima semua ini? Hampir setiap minggu... Aku ditampar...walaupun sekali... Tapi itu sudah cukup buat jiwaku berbekas...berdarah... Mengapa aku harus berdiri di sini lagi? Aku ditampar...ditampar dengan KENYATAAN... Namun...setiap kali itu juga...aku masih mencuba menanam impian... Tapi tetap juga tidak tumbuh kerana KENYATAAN itu... Perlukah aku melangkah pergi dari tempat itu? Tapi aku bahagia berada di situ... Aku tersenyum riang di situ... Aku juga hanya mampu tersenyum dalam kepahitan... Aku terpaksa ketawa dalam kerelaanku sendiri... Ya...kadangkadang... Kita perlu berbicara sebaliknya untuk menjaga sesebuah perhubungan itu... Dan aku terlalu menjaga perhubungan itu... Kerana aku sayangkannya... Terlalu menyayanginya... T.T ASSALAMUALAIKUM ----------------------------------------------- YF : Aku sakit jika kau tahu

MASIH ADA LAGIKAH SESEORANG UNTUK AKU DI LUAR SANA?

Image
Fuh...bila cakap pasal soulmate , pasangan hati, atau apa pun lah gelarannya... Aku pasti tertanya-tanya... Masih ada lagikah seseorang untuk aku di luar sana? Masih menunggu akukah? Bolehkah dia menanti aku untuk sedikit masa lagi? Hahahaa...maaflah...otak aku ni memang selalu tertanya-tanya... Nak sediakan jawapan tak ada...jadi, buat soalan je yang mampu... Semua orang pasti akan ada rasa dikecewakan...betul? Tak rasa...ada dua je...sangat bertuah dan sangat tak bertuah... Kenapa aku cakap sangat bertuah??? Sebab korang tak payah nak frust menonggeng, tertonggeng, aksi bebas atau sebagainya...tak berbaloi!!!lagi elok jumpa sekali dan selamanya...hanya dia...kira a ll out untuk seorang je... best kan??? Kenapa pula aku cakap sangat tak bertuah??? Sebab...kalau tak ada kesilapan dan kekecewaan...kita takkan belajar untuk membaiki diri sendiri...memperbetulkan kesilapan diri... Kesilapan buat kita matang dalam menghadapi dugaan yang sangat tidak dapat kita duga... Kesilapan juga ...

KECIL-KECIL DAH PANDAI BERGAYA

Image
Fuh...comel gila kot!!siapa la yang ajar budak ni bergaya?? Siap buat mimik muka bagai...aku pun nak kena belajar buat gaya macam tu...hahahahaha!! Kecilkecil dah pandai bergaya kan... Dah besar ni...mesti lagi kacak...jangan jadi PLAYBOY sudah la ya...UNLIKE!! Inilah bagusnya kacukan ibu dan ayah yang bagus...hahahahaha!!!itu secara genetiknya la kan...untunglah kalau ada rupa paras yang menawan...orang pandang pun tak nak sekali...tak nak dua kali..tak nak tiga kali...nak berkalikali tengok...haish...matamata... Sememangnya manusia ni memang suka melihat sesuatu yang cantik, kan? ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------------- YF : Janji

BOLEHKAH AKU MELANGKAH JAUH?

Image
*Catatan : Gambar ehsan blogger THEONLYWANNN Selalu berfikir...berfikir...dan berfikir... Sampai bila aku nak terus begini? Terasa berada di takuk yang lama... Adakah masa untuk aku belum tiba? Atau aku perlu sendiri menggerakkan kakiku agar melangkah lebih jauh? Persoalan demi persoalan menerjah ke dalam minda aku yang tak berapa nak cerdas ni... Terasa masa bergerak terlalu pantas... Tapi aku masih bergerak perlahan... Aku tidak pasti apa yang aku nantikan lagi... Aku tidak pasti apa yang menghalang aku... Aku tidak pasti apa yang berlaku dalam diri aku sendiri... Teringin aku berlari sekencang angin... Teringin aku melangkah seluas yang boleh... Teringin aku terbang sebebas burung... Bolehkah aku melangkah jauh? ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------- YF : Segalanya tentang dirimu

NOT ENOUGH || NOT YET

Image
Bercakap soal rendah diri ni...memang bagi kat aku...akulah pemenangnya!!! Tapi ni bukan masalah rendah diri dah...memang kenyataan dan fakta dari azali lagi... Tengok orang tu..cantik...kacak...pandai...bijak...kaya...ada makwe/pakwe yang cukup citarasa...segalanya ada...peh...kira almost perfect la orang kata kan...dan aku...pandang diri sendiri...dari bawah kaki sampai atas kepala...tapi of course lah kat dalam cermin...kalau tak...macam mana aku nak tengok atas kepala aku...korang ni pun...=__= Tak ada satu pun yang istimewa tentang diri aku...senyuman...tak manis macam gula pula...mata...tak bulat macam pelakon Hindustan tu...pakaian...biasa je..selekeh lagi adalah...semuanya memang serba kucarkacir... Buntu aku dibuatnya...boleh jadi stres tahap maksima bila fikir, fikir dan fikir...kadangkadang tu...aku perlukan khidmat psychiatry untuk membantu masalah aku nih...kalau sampai tahap dewa tu...tahap kemurungan...peh!!aku tamo la jadi macam tu...buruk betul perangai...tapi....

TAKZIAH UNTUK MANGSA TANAH RUNTUH || KEMATIAN ITU

Image
Rasanya...belum terlambat untuk aku mengucapkan takziah dan Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh yang berlaku di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat. Semoga arwah dicucuri rahmat dan berada di samping orang-orang yang beriman...kepada ahli keluarga mangsa...tabahkan hatimu...sesungguhnya ini dugaan yang diturunkan oleh ALLAH kepada kita, hambaNya... Ya...memang aku takuti kehilangan itu...sesungguhnya aku masih mentah dalam soal itu...tidak tahu bila aku akan merasai detik itu...bukan meminta...cuma aku berharap aku dapat bersedia untuk menghadapi saatsaat itu... Moga kita semua mendapat pengajaran dari tragedi ini... ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------- YF : Sumbangkan sumbangan ikhlas anda ke  Akaun Maybank NSTP Media Prima 514105-320757 atau  Tabung TV3 Bersamamu 564324-129973

KENAPA???

Image
Kenapa semuanya nampak membosankan? Kenapa semuanya nampak meloyakan tekak? Kenapa semuanya boleh buat hati meluat? Kenapa semuanya macam palsu? Kenapa semuanya macam tidak adil? Kenapa??? Kenapa??? Kenapa??? ----------------------------------------------- YF : Ku Rentan Keranamu

FOBIA DENGAN GPS NABIL || MAHARAJA LAWAK

Image
Fuh!! AKU SALAHKAN NABIL DALAM HAL INI !!!korang nak cakap apa...cakap lah!!NABIL TETAP BERSALAH!!! Walaupun benda nih 2 minggu berlalu...aku masih fobia dengan lawak Nabil tu...sampai sekarang...nak je aku saman si Nabil tu...biarkan dia!!! Kerana Nabil...kerana lawak dia mengenai GPS...aku download lagu RINDU MERINDU dari FAUZIAH IDRIS...aku bengang laa!!dok putar lagu yang sama tiap hari!! Kebetulan lagu tu memang terkena kat batang hidung aku....#memangpoyolahkan ...hahahahaha!!segala kenyataan di atas cuma propa saja ok..bila dengar lagu ni kat dalam lawak Nabil tu...peh.. It turn me on !!!masyuk gila bhai!! Tapi lawak Nabil memang menjadi...bagus...aku suka buah fikiran dia waktu tu...miahahahha!!sangat up to date dengan isu semasa... Jom kita imbau kembali lawak Nabil berkenaan GPS beliau yang mengeluarkan suara ARTIS!! ------------------------------------------------------- Miahahahha!!memang aku gelak bahakbahak la kan...bengong betul tau!!Dan kerana itu juga...aku te...

SEMALAM | HARI INI | ESOK || KEHIDUPAN

Image
SEMALAM Begitu banyak sejarah yang telah dilakarkan... Manis, pahit, tawar, kelat... Semua ada... Dan pastinya...diselangi dengan gelak ketawa, tangisan, senyuman, marah... Tapi apakah ia mampu diubah?seperti membuang ketikan dengan menekan butang BACKSPACE ? HARI INI Kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik... Kita berusaha untuk jadi yang lebih bagus dari semalam... Tapi sudah pasti ianya berlaku secara spontan mahupun dirancang... Seperti kita menaip apa saja yang kita suka... Cuma isinya saja yang berbeza... Berguna atau cerita kosong... ESOK Sebelum tidur, sudah pasti kita akan berangan tentang hari esok... Kita ingin buat itu...Kita ingin buat ini... Tapi adakah ia akan berlaku seperti yang kita rancangkan? Adakah kita akan bersedia untuk menghadapi cabaran yang belum kita ketahui kesudahannya? Yang pasti, kita diberikan pilihan untuk menjadi lebih baik dari SEMALAM atau HARI INI... Sekiranya kita masih bernafas pada hari ESOK... ASSALAMUALAIKUM  ---------------...

BILA KAU AKAN SEDAR YANG KAU TELAH KEHILANGAN???

Image
Kita akan sedar yang kita telah kehilangan seseorang yang sangat penting bila dia telah melangkah pergi keluar daripada hidup kita... Melangkah pergi untuk selamanya... Pergi kepada orang yang lebih menghargai dia... Yang mampu untuk menyayangi dia... Yang berhak untuk memiliki dia... Waktu itu...menangis tak berlagu pun memang tiada guna dah... Gigitlah jari sampai putus... Airmata keluar darah hitam pekat pun... Dia takkan kembali ke pangkuan kita... Kalau kembali...memang nasib kita baik sangatlah... Ambil yang jernih...buang jauhjauh segala keruhmeruh yang ada... Yang penting, berusahalah jadi yang terbaik untuk yang tersayang... ASSALAMUALAIKUM ---------------------------------------------- YF : Aishiteru

BEKAS KEKASIH AKU DAH ADA SESEORANG???

Image
Hurm...aku jadi stalker kejap...dah lama aku tak stalk page beliau...hari ni...tetiba tergerak hati nak stalk ...hehehehe...bagaimana aku stalk ??rahsia... Aku tengok wall beliau...penuh dengan aktiviti menawan bukit bagai...ok...aku jealous di situ ya....Bukit Broga pun aku tak berjaya tawan lagi...bila tah nak tawannya...grrrrr...-___- Selidik punya selidik...ada la dia post satu status tu...dalam Melayunya.. tak sabar nak jumpa dia ... highlight kasi terang sikit kat situ yaa...aku kah???harapanlah... :) Ada pula yang komen... dari UMS tu kah?? fulamak...hebakhebak...aku pun nak cari jugalah...tapi dari Princeton...boleh??hahahhaha..jangan nak Princeton sangatlah YF..ingat ini Cinderella's Story ke???miahahhaha!! Haish...tak kisahlah siapa pun pilihan beliau...harap beliau berbahagia selalu ya...INSYAALLAH... target aku...nak tunggu dia kahwin dulu...baru aku boleh fikir soal diri aku pula...erk...boleh ke?tapi kalau ada orang masuk meminang dulu macam mana???alamak....

DUDUK DI ANTARA DUA SUJUD || KEISTIMEWAAN YANG SERING DILUPAKAN

Image
Aku nak kongsi sesuatu...sesuatu yang seringkali kita ucapkan... Dalam mendirikan tiang agama kita... Jujur...aku pun seringkali mengabaikan betapa pentingnya dalam memahami setiap bait yang kita ucapkan dalam menyembahNya... Kita baca dan fahami... --------------------------------------------------- Dalam tidak sedar...s etiap hari kita memohon di dalam solat kita...tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami...sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini... Marilah kita mula menghayati ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat...Dengan rendah hati nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah... Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)  Diamlah sejenak...Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan ketika kita masih kecil... Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah...ulangi permintaan itu beberapa kal...

SINGKAT TAPI BERMAKNA

Image
Mengapa terlalu singkat perbualan itu? Disaat perbualan itu mengandungi isi yang serius... Disaat aku memerlukan penjelasan... Mengapa terlalu singkat perbualan itu? Disaat aku terlalu menginginkan perhatiannya... Disaat aku memerlukan kehadirannya... Namun, ada satu ayat yang mampu menenangkan jiwaku... Satu ayat yang mengandungi 1001 maksud... Adakah aku cuma berangan? Atau sekadar ingin menyedapkan hati walhal ia bukan apa yang disangka... Aku hanya mampu berserah... Dengan mainan ini... ASSALAMUALAIKUM ------------------------------------------------- YF : Tak seburuk yang kita sangka Tak seindah yang kita jangka